Jenayah penipuan melalui panggilan telah lama berleluasa sehingga memperlihatkan ramai individu yang terpedaya.
Menyamar sebagai pihak berkuasa atau pegawai bank, kebiasaannya mereka akan menakutkan-nakutkan mangsa dengan tuduhan atau kesalahan yang palsu sehingga mangsa terpedaya.
Jumlah kerugian kebiasaannya melibatkan ratusan ribu ringgit.
Ternyata, sesiapa sahaja berkemungkinan akan menjadi mangsa jenayah ini termasuk anggota polis.
Melalui perkongsian Polis Kedah di Facebook, mereka memuatnaik video yang memaparkan seorang anggota polis mendapat panggilan dari ‘scammer’ tersebut.
Menerusi video itu, Koperal Suraya dilihat ‘melayan’ panggilan yang didakwa dari ‘pegawai kastam’.
ALAMAK 😱 POLIS KEDAH PUN KENA TIPU‼Biar betul❓Sumber : Kpl Surayahttps://youtu.be/GDtWevcBT7s
Posted by Polis Kedah on Saturday, October 10, 2020
Sumber: Polis Kedah