Siakap Keli

Elak Makan Makanan Dalam Tin Jika Ada 3 Tanda Ini, Mungkin Telah Dicemari Bakteria & Mengandungi Toksin

Boleh dikatakan hampir setiap kali ada isu pencemaran makanan dalam tin, pasti masyarakat akan lebih peka tambah-tambah lagi apabila membabitkan makanan sejuk beku dan makanan yang sering dimakan.

Untuk pengetahuan anda, pengetinan makanan merupaakan satu kaedah untuk memelihara makanan tersebut untuk jangka masa yang panjang dengan membungkusnya dalam bekas kedap udara. Ia diproses dengan tiga cara iaitu pemprosesan, pengedap dan pemasanan.

Tujuan kaedah pemasanan berlaku adalah untuk membunuh bakteriah yang berbahaya serta untuk mencegah kerosakan. Jadi, dengan ketiga-tiga keadah tersebut makanan dalam tin akan lebih stabil dan selamat digunakan selama 1 hingga 5 tahun.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah makanan di dalam tin yang menyebabkan pelbagai penyakit kerana kaedah yang digunakan tidak betul. Jadi, ia akan mendatangkan kesulitan kepada pembeli. Jadi, hari ini SK akan berkongsi perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bahagian pemakanan tentang tiga perkara yang perlu dielakkan sebelum korang mengambil makanan kaling atau dalam tin.

Periksa kandungan makanan berkaling (dalam tin) sebelum makan.

Elakkan perkara-perkara berikut;

1. Kelihatan berbuih,berdadih dan kulat

2. Berbau busuk, masam seakan telur busuk

3. Rasa berlainan dari rasa biasa atau pahit

Jangan makan makanan tersebut, anda perlu melaporkan dan bawa isi kandungan serta penutup yang mempunyai tanda kod kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang