Siakap Keli
Gambar: Azrul Affandi Sobry HM

“Masuk Sini & Nilai Sendiri…”, Pesakit COVID-19 Kecewa Bila Ada Pihak Tuduh Pandemik Hanya Propaganda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wabak COVID-19 yang melanda dunia hari ini tidak dapat lari daripada perbincangan ahli-ahli teori konspirasi.

Mereka mendakwa apa yang berlaku ini hanyalah satu penipuan terbesar dan bermacam-macam lagi pendapat yang dihujahkan.

Namun, bagi mereka yang memang betul-betul dijangkiti COVID-19 berbeza pula ceritanya kerana apa yang mereka hadapi itu memang realiti, bukan lagi konspirasi.

Salah seorang pesakit COVID-19, Azrul Affandi Sobry yang kini sedang menjalani rawatan meluahkan rasa kecewanya terhadap golongan ‘berkenaan’.

Ikuti perkongsian ini.

Gambar: Azrul Affandi Sobry HM

Suara dari wad COVID

Hari ini tiada coretan yang dapat aku kongsikan, sebab jiwa tengah berkecamuk. Semua kawan-kawan dah dapat keluar tapi aku masih dalam wad sebab perlukan pemantauan lagi kerana masih batuk.

Maka aku bersabarlah di sini. Tapi ada benda yang lebih mengganggu emosi aku hari ini.

Ramai yang tag aku dengan dakwaan COVID ini satu propaganda, bukan pandemik tapi plandemik. Ia hanya helah kuasa besar dunia. Sakit kami ini semua hanya kepuraan.

Gambar: Azrul Affandi Sobry HM

Wah… gitu sekali. Aku rasa yang hebat melontarkan dakwaan itu maybe golongan yang tak pernah dijangkiti, maka mereka lancar berkata-kata sedangkan aku yang sudah merasa bagaimana sakit dada, hilang deria rasa dan batuk yang menyesakkan, tahu bahawa ini bukan satu kepuraan.

Apa kata mereka yang ringan mulut kata sakit kami ini satu kepuraan, mari cuba dijangkiti. Jangan risau, dalam wad 43 ini masih banyak ruang kosong untuk anda. Masuklah ke sini dan nilailah sendiri.

Jangan terlalu lancang menabur fitnah ke atas frontliner dan pesakit yang sedang menderita. Kami bukan mangsa penipuan tapi kami memang sedang sakit. Faham tak apa itu sakit?

Gambar: Azrul Affandi Sobry HM

Kalau tak faham, mari kami semua peluk cium kalian dan rasai dulu tahap 1 iaitu risau dijangkiti. Kemudian baru ke tahap kedua, hilang deria rasa dan kemudian ke tahap seterusnya. 

Amacam? Nak cuba? Saya alu-alukan kalian mencuba.

Aku dah penat. Aku mahu pulang…

Gambar: Azrul Affandi Sobry HM
Gambar: Azrul Affandi Sobry HM
Gambar: Azrul Affandi Sobry HM

Sumber: Azrul Affandi Sobry HM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'