Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa satu siasatan telah dijalankan ke atas kes penyebaran senarai nama ahli parlimen yang menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan laporan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, terdapat enam laporan polis berhubung penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan.
Rentetan daripada itu, Dato Seri Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberikan keterangan pada hari ini. Namun, setiausaha sulitnya memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir dan perlu ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Susulan dengan isu ini PDRM menasihatkan kepada orang ramai agar tidak menyebarkan bertia palsu. Jika ingkar dengan arahan, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Sumber: PDRM