Siakap Keli
insentif covid-19 perkeso
Gambar: Google

PERKESO Perluas Program Saringan COVID-19 Untuk Pencarum Di Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya

Susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Lembah Klang, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal meluaskan Program Saringan Prihatin (PSP) bermula 12 Oktober ini.

Melalui program berkenaan, para pekerja termasuk pekerja warga asing yang mencarum dengan PERKESO boleh menjalani saringan COVID-19 di panel lantikan PERKESO atau mendapatkan subsidi RM150 bagi menampung kos ujian.

Program tersebut bakal melibatkan semua pekerja di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mencarum dengan badan berkenaan.

“Insentif ini merupakan kesinambungan daripada peluasan capaian PSP PERKESO yang telah dilaksanakan di negeri Kedah pada 12 September 2020 dan di Sabah pada 6 Oktober lalu,” tulis PERKESO.

Bantuan tersebut terpakai untuk satu saringan dan terhad kepada syarikat serta pekerja yang belum pernah menggunakan kemudahan tersebut.

“Kemudahan PSP PERKESO boleh dibuat melalui dua cara, sama ada melalui janji temu dengan panel perkhidmatan yang dilantik PERKESO atau melalui Subsidi Saringan Prihatin.”

Bagi syarikat yang ingin mendapatkan saringan melalui janji temu, majikan perlu menghubungi panel perkhidmatan PERKESO bagi pihak pekerja manakala majikan yang memilih Subsidi Saringan Prihatin boleh mengatur saringan di mana-mana makmal dengan pembiayaan sendiri terlebih dahulu.

Majikan kemudiannya boleh menuntut bayaran balik subsidi bernilai RM150 bagi setiap pekerja dari PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, layari https://ssp.perkeso.gov.my/.

Sumber: PERKESO

Amira

Love yourself.