Laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa permata ulama negeri Kedah, Tuan Guru Hj Rifaie bin yaakob telah kembali ke rahmatullah.
Beliau merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, ulama Sufi serta Mudir Pondok Al-Zuhdiah Carok Salang, Kampung Parit Panjang, Kedah.
Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air, salju, dan embun, bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, pasangannya dengan pasangan yang lebih baik, masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari seksaan kubur dan dari seksaan neraka”
Bagi pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Haji Rifaie Bin Yaakob. Moga Almarhum ditempatkan dikalangan para auliya’, siddiqin, syuhada’ dan solihin.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْنTelah kembali ke rahmatullah permata ulama…
Posted by Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan on Sunday, October 11, 2020
Sumber: Pejabat Mufti WP