Siakap Keli

Ramai Terjejas Akibat Pandemik, Ini 4 Tips Penting Jika Serius Nak Pulihkan Ekonomi Negara

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia, ramai peniaga-peniaga kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat tempatan mengalami pelbagai masalah dan kesulitan untuk meneruskan perniagaan mereka. Masalah paling utama adalah premis-premis tidak dibenarkan beroperasi dan peniaga-peniaga mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga menjejaskan ekonomi diri dan keluarga dan secara tidak langsung melembapkan ekonomi negara.

Sehingga kini, kes baharu positif Covid-19 terus direkodkan di Malaysia dan negara masih dalam pelan merancakkan semula ekonomi negara ketika kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bagi membangunkan semula ekonomi peniaga-peniaga kecil dan sederhana, rakyat Malaysia perlu memainkan peranan penting dan ini EMPAT tip penting jika serius kita mahu pulihkan ekonomi negara.

1. Pengguna perlu mengutamakan produk buatan Malaysia ketika membeli barang-barang keperluan harian seperti beras, sos, kicap, dan macam-macam lagi. Rakyat Malaysia juga perlu membeli barang-barang keperluan di kedai-kedai peniaga kecil dan sederhana bagi membantu semula mereka menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat Covid-19
keluarga sudah pulih, rakyat sudah boleh berbelanja dan ekonomi negara turut meningkat.

2. Jika permintaan produk-produk tempatan kembali meningkat, barulah pemilik-pemilik perniagaan dan syarikat-syarikat tempatan boleh membuka peluang pekerjaan kepada mereka-mereka yang kehilangan kerja dan hilang punca pendapatan untuk membangunkan semula ekonomi keluarga mereka yang juga turut terjejas. Jika ekonomi keluarga sudah pulih, rakyat sudah boleh berbelanja dan ekonomi negara turut meningkat.

3. Selepas permintaan produk buatan Malaysia kembali meningkat, syarikat-syarikat pengeluar barangan buatan Malaysia akan kembali menjadi lebih stabil dan tidak lagi mengalami masalah untuk menggajikan pekerja dan tiada lagi pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan.

4. Jika ingin melancong, kita digalakkan memilih tempat-tempat pelancongan yang boleh membantu menaikkan semula produk-produk buatan Malaysia seperti membeli-belah di Pasar Payang, menginap di hotel-hotel milik rakyat tempatan, makan di restoran-restoran rakyat Malaysia. Dengan langkah ini boleh membantu menaikkan jenama buatan Malaysia dan menambah pendapatan industri kecil dan sederhana.

Pastikan produk dan apa sahaja barangan yang anda beli adalah buatan Malaysia dan untuk produk-produk yang dihasilkan dikilang selalunya ada logo Buatan Malaysia seperti yang tertera pada gambar-gambar di bawah. Jadilah pengguna yang bijak.

Pelbagai produk-produk dari Malaysia yang ada juga telah menebusi pasaran antarabangsa. Bagi sektor makananan dan minuman jenama popular seperti Mamee, Paparich, Secret Recipe, Baba’s, Brahim’s, Lingham’s, OldTown White Coffee, Life’s, Munchy’s, Spritzer dan Beryl’s. Untuk produk elektronik pula jenama Khind dan Pensonic boleh dijadikan pilihan untuk membeli barangan elektrik. Bagi sektor fesyen juga Malaysia tidak ketinggalan dalam menghasilkan jenama-jenama yang berkualiti seperti Bonia, British India, Raw Denim House, Poney dan Vincci.

Hal ini bersesuaian dengan kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Kempen Beli Barangan Malaysia dengan hashtag #BarangBaikBarangKita. Penglibatan Kementerian dalam meningkatkan mutu barangan buatan Malaysia sangat penting bagi memastikan pemimpin dan rakyat bekerjasama membangunkan ekonomi negara yang telah jatuh teruk ketika wabak melanda.

Jadi tunggu apa lagi, jom sama-sama sokong dan beli barangan Buatan Malaysia kerana sudah semestinya Barang Baik adalah Barang Kita. Untuk maklumat lanjut klik SINI

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)