Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan perkarangan istana selepas lebih kurang satu jam mengadap Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Sebuah kereta berwarna hitam yang membawa Anwar dilihat keluar dari Istana Negara pada 11.30 pagi melalui Pintu 2 Istana Negara. Sepanjang jalan keluar, laungan reformasi berkumandang.
Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Berita lanjut bakal menyusul.
Setelah satu jam, kenderaan membawa Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara pada 11.30 pagi pic.twitter.com/hmi83NDIUf
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 13, 2020
Sumber: Bernama