Siakap Keli
Gambar: AP

Bintang Bola Sepak Dunia, Cristiano Ronaldo Dilapor Positif COVID-19

Pemain kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo diuji positif COVID-19, lapor Persatuan Bola Sepak Portugal hari ini.

Persatuan itu bagaimanapun berkata, kesihatan Ronaldo berada dalam keadaan baik dan tidak bergejala, namun tidak menyatakan bila bintang bola sepak dunia itu disahkan positif tidak dinyatakan.

Laporan itu turut menyebut, Ronaldo akan direhatkan daripada mewakili pasukan kebangsaan Portugal akibat jangkitan tersebut.

Sehubungan itu, pemain-pemain lain dalam skuad Portugal diarah menjalani ujian pada pagi Selasa (hari ini) dan hasil semuanya didapati negatif.

Ronaldo ketika ini bersama-sama skuad kebangsaan dalam saingan Nation League. Beliau pada Ahad turun beraksi menentang Perancis dalam saingan tersebut yang menyaksikan keputusan berakhir 0-0.

Sumber: AP, Portuguesa Football Federation

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'