Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKPB: Kaunter Imigresen Di Sabah, Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Ditutup

PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) — Perkhidmatan kaunter Jabatan Imigresen di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup bermula esok hingga 27 Okt ini, manakala di Sabah, penutupan kaunter bermula hari ini hingga 26 Okt.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu selaras dengan keputusan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri dan kawasan berkenaan.

“Sehubungan itu, semua urusan dan janji temu yang telah dibuat sepanjang tarikh tersebut melalui Sistem Temujanji Online (STO) adalah ditangguhkan,” katanya.

Bagaimanapun, Khairul Dzaimee berkata semua urusan dalam talian masih berjalan seperti biasa.

“Orang ramai tidak dibenarkan hadir ke pejabat-pejabat imigresen yang terlibat kecuali atas sebab-sebab kecemasan yang telah dirujuk lebih awal,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.