Siakap Keli

(Video) Suasana Trafik Mengahala Ke Arah Utara Dilapor Bergerak Perlahan

Keadaan trafik di lebuh raya dari ibu kota menuju ke arah utara selepas Plaza Tol Duta dilaporkan mulai bergerak perlahan malam ini.

Rakaman video yang dirakam dari udara berdurasi satu minit 48 saat itu dimuat naik BERNAMA ke Twitter malam ini.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara melalui Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut melaporkan trafik perlahan berlaku di beberapa kawasan di Puchong, Petaling Jaya dan Damansara.

Penutupan sementara beberapa hentian

Dalam pada itu, PLUS Malaysia Berhad memaklumkan bahawa beberapa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) ditutup sementara bagi proses sanitasi dan kerja pembersihan dijalankan.

Kepada yang sedang dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing, diharapkan agar memandu dalam keadaan baik serta menjaga langkah-langkah keselamatan sepanjang pemanduan.

Sumber: BERNAMA, PLUS, LLM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'