Siakap Keli
Gambar Via Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dr. Zul Hadiahkan Buku ‘Inilah Doaku’ Untuk Warga HTJ, Doakan Semua Dimurahkan Rezeki

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa beliau telah pulih sepenuhnya dari jangkitan COVID-19 dan dibenarkan discaj dari Hospital Tuanku Ja’far  pada petang ini.

Menerusi ciapan terbaru di Twitter miliknya, Dr. Zulkifli menitipkan penghargaan serta buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja’far yang telah menguruskan beliau sepanjang menerima rawatan di situ.

Memberikan sedikit sumbangan dan buku yang bertajuk ‘Inilah Doaku’ sebagai kenangan, Dr. Zulkifli juga mendoakan kebaikan kepada mereka.

Saya doakan semua warga HTJ dimurahkan rezeki, dinaikkan pangkat, dikurniakan keluarga yang memahami, hati yang sabar dan jiwa yang kuat dalam perjuangan ini.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sofea

There's always another side to every story