Siakap Keli

Jumlah Pengguna Makin Berkurang, Yahoo Groups Dilapor Bakal Ditutup Disember Ini

Berikutan  trend penurunan jumlah pengguna yang ditunjukkan sejak beberapa tahun lepas, Yahoo Groups dilapor mengambil keputusan untuk menghentikan operasi bermula 15 Disember ini.

Yahoo Groups merupakan salah satu produk dibawah laman web Yahoo.

Menurut laporan TNIE, keputusan tersebut diumumkan pada Selasa oleh Verizon, syarikat pembekal perkhidmatan tanpa wayar terkemuka Amerika Syarikat, yang membeli Yahoo pada 2017.

Perkhidmatan Yahoo Group dilancarkan pada 2001, bagaimanapun dilihat berdepan kesukaran untuk bersaing dengan kemunculan pelbagai platform sosial yang lain antaranya Reddit, Google Groups dan Facebook Groups.

Bermula 12 Oktober, fungsi mencipta kumpulan baru pada platform berkenaan akan dinyahaktif dan pada 15 Oktober, pengguna tidak lagi boleh menghantar atau menerima email daripada Yahoo Groups.

Laman web berkenaan juga tidak lagi berfungsi, bagaimanapun Yahoo Mail masih berfungsi seperti sedia kala.

Verizon melabur kira-kira USD4.8 bilion ketika membeli Yahoo.

Sumber: TNIE

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.