Siakap Keli
Kredit gambar: Google

(Kemaskini) 63 Kes Positif COVID-19 Dikesan Di Kompleks Beli-belah One Utama, 44 Daripadanya Adalah Pekerja Keselamatan

(KEMASKINI, 15 Oktober 2020) Pihak pengurusan One Utama dalam satu kenyataan hari ini melalui laman Facebook rasmi mereka menafikan bahawa 63 kes yang dilaporkan semalam oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Johari Bin Anuar. Menurut, One Utama hanya 21 kes positif dari 11 hingga 12 Oktober 2020 yang berpunca dari pusat beli-belah terbabit dan kesemua 21 kes tersebut telah mendapatkan rawatan selanjutnya dan dikuarantin di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia.

One Utama juga berkata, keutamaan mereka ketika ini adalah kesemua staf dan penyewa pusat beli-belah itu dapat membuat ujian pengesanan dengan segera. “Dalam 13 pusat beli-belah di Lembah Klangyang dilaporkan ada kes Covid-19, hanya One Utama sahaja yang mengadakan ujian swab test besar-besaran,” katanya lagi.

“Kami ingin menegaskan bahawa 44 kes Covid-19 yang melibatkan pengawal keselamatan itu bukan berpunca daripada One Utama dan tidak termasuk dalam jumlah 6,000 orang yang diuji secara besar-besaran sebelum ini.”

“Ketika KKM memaklumkan seorang pengawal keselamatan kami diuji positif Covid-19, kami meminta syarikat yang menyelia semua pengawal keselamatan di pusat beli-belah kami untuk diuji semula dan hanya boleh bertugas semula selepas keputusan menunjukkan negatif.”

PETALING JAYA, 14 Okt – 44 daripada 63 kes positif COVID-19 yang dikesan di kompleks beli-belah One Utama di sini hari ini adalah melibatkan pekerja keselamatan.

Pegawai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling, Johary Anuar berkata, selain angka tersebut, turut dikenal pasti positif COVID-19 adalah pekerja pengurusan kompleks (1 kes), pekerja kompleks (15) dan pengunjung (3).

“Seramai 6,000 pekerja kompleks telah disaring dan sehingga kini dilaporkan 16 pekerja telah disahkan positif COVID-19.

“Saringan juga telah dijalankan dalam kalangan pekerja keselamatan dan didapati 44 pekerja keselamatan disahkan positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, syarikat keselamatan kompleks tersebut diminta untuk melantik pekerja keselamatan yang baharu.

“Pekerja keselamatan yang dilantik juga bukan terdiri daripada kontak rapat kepada kes-kes positif pekerja keselamatan (terdahulu).

“Semua pekerja keselamatan yang baharu perlu menjalani ujian saringann COVID-19 sebelum mula bekerja,” tambah kenyataan itu lagi.

Selain itu, saringan kepada pengunjung kompleks juga telah dijalankan bermula hari ini dan seramai 110 pengunjung telah disaring.

Dalam pada itu, berdasarkan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, pihak pengurusan kompleks diminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling untuk meneruskan saringan tersebut ke atas semua pekerja.

“Pekerja positif akan dirawat di hospital dan kontak rapat pekerja positif perlu dikuarantin selama 14 hari serta menjalani saringan susulan sebelum diberi pelepasan,” tambahnya.

Sementara itu, sebanyak 18 kes positif COVID-19 yang merupakan kontak kepada tujuh kes awal Kluster Bah Tropicana sebelum ini turut dikesan hari ini.

Daripada jumlah kumulatif 25 kes kesemuanya, 16 kes adalah yang menetap di asrama Tropicana dan selebihnya di luar.

“Ianya melibatkan Pekerja Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) (8 kes), pekerja asrama Tropicana (7), selain Tropicana Group (5) dan tidak bekerja (5).

“Saringan kontak dan penghuni dijalankan PKD Petaling serta pengurusan TGCR dan 350 penghuni asrama telah disaring (setakat ini).

“JPBD Petaling akan mempertimbangkan semula pembukaan TGCR setelah mendapat pandangan dan syor PKD Petaling.

“Cadangan penarikan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di asrama Tropicana akan dipertimbangkan setelah semua penghuni disaring dan keputusan diperoleh,” katanya lagi.

Sumber: Pejabat Daerah/Tanah Petaling

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'