Siakap Keli
Gambar: Google

KKM Jemput Individu Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 Sertai Kajian Tindakbalas Antibodi

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru individu yang pernah disahkan positif COVID-19 untuk menyertai penyelidikan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) mengenai virus itu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kajian tersebut adalah untuk mengkaji tindakbalas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit.

“Sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjemput rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti kuman COVID-19 untuk menyertai penyelidikan perubatan bertajuk: Kajian Membujur (Longitudinal Study) tindakbalas antibodi neutralisasi di kalangan pesakit COVID-19 di Malaysia.

“Kajian ini penting bagi mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) di dalam darah yang boleh menghalang kuman COVID-19 dari menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti sebelum ini,” katanya.

Projek yang bermula sejak Ogos 2020 itu dijangka memakan masa sehingga Julai 2022 yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Dr Rafiza Shaharudin ([email protected]) atau telefon, 03-33627753 atau Dr Masita Arip ([email protected] ) atau telefon, 03-33627735.

Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108).

Sumber: KP Kesihatan

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.