Siakap Keli
Gambar: LADbible

(Video) Lelaki Selamba Suap Sekumpulan Buaya Besar Makan Secara Bergilir-gilir

Siapa yang tidak takut dengan reptilia berdarah sejuk yang ganas ini. Dikenali sebagai salah satu haiwan pembunuh yang kuat, kelibat sang buaya pastinya membuatkan kebanyakan orang berasa gerun untuk mendekati sesuatu tempat.

Namun berbeza dengan seorang lelaki yang berani mendekati kumpulan haiwan ini di lokasi yang tidak dapat dikenalpasti.

Berdasarkan video dikongsikan LADbible, kelihatan lelaki tersebut duduk di tebing sungai sambil memegang bungkusan dipercayai makanan untuk diberikan kepada sekurang-kurangnya lima ekor buaya buaya.

Selamba dan bersahaja, lelaki itu menghulurkan makanan ke dalam mulut buaya secara bergilir-gilir sambil dinantikan oleh buaya yang lain.

Video tersebut membuatkan orang ramai berasa tidak senang dan cemas membayangkan kemungkinan yang boleh berlaku.

Sumber: LADbible

Amira

Love yourself.