Siakap Keli

“Alhamdulillah,” Shuib Muatnaik Foto Bersama Isteri Dan ‘Dol’ Si Ford Ranger

Pelawak terkenal dan ahli kumpulan Sepahtu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad semalam memuatnaik foto di laman Instagramnya dengan kapsyen “Alhamdulillah”.

Beliau yang bergambar dengan isterinya, Si Sarah Raisuddin dan ‘Dol’ Si Ford Ranger miliknya mendapat respon Tahniah dari rakan-rakan artis dan netizen.

Isterinya yang juga seorang penyanyi, Siti Sarah Raissuddin juga mengucapkan syukur di ruangan komen dan mengatakan selagi Allah izin dia akan sentiasa bersama dengan suaminya tak kira saat jatuh atau bangun suaminya itu.

Shuib yang memulakan karier beliau dalam dunia hiburan ketika menyertai pertandingan Raja Lawak 3 terbitan Astro bersama Jep Sepahtu dan Mamat. Selepas daripada detik itu, karier shuib terus berkembang bersama Jep dan kini bergelar usahawan dengan perniagaan Bubblebee.

Sumber: Shuib

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)