Bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan bakal menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 secara berperingkat kepada golongan yang layak bermula hujung bulan ini sehingga Januari 2021.
Bantuan akan dimasukkan secara automatik kepada individu yang pernah memohon sebelum ini tanpa perlu membuat permohonan baru.
Namun, bagi individu yang belum pernah menerima bantuan BPN 1.0, anda perlu membuat permohonan baru di laman web rasmi bpn.hasil.gov.my atau menghantar borang permohonan kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan anda. Permohonan baru dibuka bermula hari ini, 15 Oktober sehingga 15 November 2020.
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan melalui laman web rasmi BPN.
1. Semak permohonan
Masukkan nombor kad pengenalan 12 digit dan tekan butang carian untuk membuat semakan.
Jika maklumat anda tiada di dalam sistem, anda perlu membuat permohonan baru.
2. Isi maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat waris.
Anda hendaklah mengisi maklumat dengan betul dan pastikan ruangan wajib diisi dengan lengkap.
3. Sahkan Captcha dan maklumat diri.
4. Hantar permohonan dan semak status dari masa ke masa.
Permohonan akan diproses sebaik sahaja tamat tempoh permohonan pada 15 November ini.
Sebaik menekan butang ‘Hantar’, anda akan diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan log masuk. Jika tidak mahu mendaftar akaun, anda boleh memilih butang ‘Tidak’.
Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap kategori:
Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan baru, anda boleh layari laman rasmi BPN atau rujuk soalan lazim di sini.