Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat tiga pertambahan kes kematian pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 170 kes.
“Kes kematian 168 iaitu kes 12, 170, seorang perempuan warganegara berusia 54 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan juga penyakit kelenjar Tiroid. Beliau telah meninggal di Hospital Queen Elizabeth.
“Kes kematian 169 iaitu kes 15, 303 ialah seorang lelaki bukan warganegara berusia 68 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, beliau meninggal di Hospital Tawau.
“Kes terakhir ialah kes 170 iaitu kes 13, 844, seorang wanita bukan warganegara berusia 100 tahun dan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent,” katanya.
Terkini #COVID19Malaysia 15 Okt 2020
Kes sembuh=409
Jumlah kes sembuh= 12,014 kes
Kes positif= 589
(kes import=3, kes tempatan=586)
Jumlah positif= 18,129 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian= 170 kes
Kes dirawat di ICU= 103 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 31 kes pic.twitter.com/DSm5xntHti— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 15, 2020
Terkini. 15 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini 589 – 586 tempatan, 3 import.
Pesakit sembuh dan discaj tertinggi pernah dicatatkan iaitu 4⃣0⃣9⃣.
Pecahan kes baharu antaranya Sabah (340), Selangor (150), Perak (52), Kedah (31).
3 lagi kematian di #Sabah menjadikan 170 kes.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 15, 2020
Sumber: KKMPutrajaya