Siakap Keli
Kredit: Osmund Becay/Yasmin Ariffin/Taju Ariffin Abdul Ghani/Azizul Jabbar/Labun Orang Lambor/Suhana Ismail

Group FB “Malaysiaku Dulu-dulu” Jadi Tempat Untuk Netizen Kongsi Sejarah Zaman Dulu

Menginjak usia tua, semakin jauh kita dengan zaman muda dan kanak-kanak. Pasti ada zaman yang kita rindui ketika melalui fasa muda yang tidak mungkin dapat diulang kembali.

Namun jangan sedih, kini anda boleh sama-sama mengimbau kembali zaman muda anda di dalam group Facebook, “Malaysiaku Dulu-dulu“. Bagi anak muda, inilah masanya untuk mengembara ke sejarah lalu dan melihat sambil mempelajari cara hidup ibu bapa mahupun datuk nenek kita.

Ditubuhkan sejak 23 Jun 2020, keahlian group ini telahpun mencecah lebih 163,000 orang dari pelbagai latar belakang.

Ada yang berkongsi kisah ketika sedang menuntut ilmu di institut pelajaran masing-masing, ada juga berkongsi kisah datuk nenek mereka ketika Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Tak kurang juga, ada yang berkongsi kisah pertemuan dan gambar ibu bapa mereka muda-muda. Manis dan kacak bergaya.

Kalau mak ayah anda yang sudah berusia tengok group ni, mesti tersenyum mereka mengenangkan nostalgia lama.

Bergambar dalam uniform tentera laut bersama rakan sepasukan berbagai-bagai bangsa.

Gambar: Osmund Becay
Gambar: Osmund Becay
Kredit: Tajul Ariffin Abdul Ghani/Azizul Jabbar/Labun Orang Lambor

Sumber: Malaysiaku Dulu-dulu

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.