Siakap Keli
Gambar: Twitter/Google

“Kita Berusaha & Baru Bertawakkal Kepada Allah…”, Doa Iringi 3 Pakar Diterbangkan Ke Sabah Lawan COVID-19

Seramai tiga orang Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Semenanjung telah dimobilisasi ke Sabah awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ketiga-tiga mereka bertugas di Bahagian Kawalan Penyakit, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM).

Difahamkan, kumpulan pakar tersebut akan mula bertugas di Tawau dari 15 Okt (hari ini) sehingga 25 Okt nanti.

Gambar: KP Kesihatan

Maklumat berkenaan diumumkan oleh Noor Hisham menerusi satu hantaran di Twitter hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan kata-kata semangat yang ringkas tapi mendalam, mengiringi usaha mobilisasi pakar tersebut.

“Kita semua berusaha & baru bertawakkal kepada Allah SWT,” katanya.

Gambar: KP Kesihatan

Sebelum itu, Noor Hisham turut melaporkan sebanyak 589 kes baharu jangkitan COVID-19 yang hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat ke 18,129 kes.

Tidak kurang juga, kes pulih juga mencatatkan angka tinggi dengan 409 kes, menjadikannya sebagai kes pulih harian paling tinggi pernah direkodkan di negara ini sejak wabak COVID-19 melanda.

Bagaimanapun, tiga kematian serta empat kluster baharu turut dilaporkan.

Sumber: KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'