Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Bernama

Masjid & Surau Jumaat Di KL & Putrajaya Dibenar Anjur Solat Jumaat Esok, Jemaah Tak Melebihi 50 Orang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa masjid bagi solat Jumaat dan solat fardhu seluruh Wilayah Persekutuan akan dibuka secara bersyarat.

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan di laman Twitter miliknya, kebenaran tersebut dilakukan setelah berbincang dengan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), keputusan itu telah dipersembahkan kepada YDP Agong sebentar tadi.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan titah perkenan seperti berikut.

“Diperkenankan solat Jumaat tidak melebihi 50 orang jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat Masjid dan Surau dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.

“Diperkenankan solat fardhu tidak melebihi 20 orang jemaah tertakluk kepada keluasan dewan Solat Masjid dan Surau dengan penjarakan 1 meter antara jemaah,” kata kenyataan tersebut.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.