Siakap Keli

Maahad Jabal Nur Minta Bantuan Orang Ramai, Perlu RM21K Untuk Pendawaian Elektrik Yang Baharu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebuah pusat tahfiz memerlukan dana untuk melakukan pendawaian elektrik secara sempurna untuk keselamatan anak-anak hafiz dan hafizah. Tak salah jika kita hulurkan bantuan buat mereka, bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Seperti perkongsian yang penuh sebak oleh Natipah Abu menerusi laman Facebooknya hari ini. Tujuan perkongsian ini untuk panjangkan lagi hasrat Allahyarham tuan pengasas Maahad Tahfiz Jabal Nur untuk memberi keselesaan kepada anak-anak murid serta tenaga pengajar.

Mahaad Jabal Nur … mempunyai 21 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki. Pernah melakar sejarah sebuah tragedi sedih pada 15 Ogos, 2019 jam 4. 30 pagi apabila bangunan asrama yang dihuni oleh 21 orang pelajar perempuan musnah dijilat api dalam satu kebakaran. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa.

Setelah setahun berlalu .. dengan sumbangan seluruh rakyat Malaysia, bangunan asrama tersebut telah siap dibaiki dan diguna-pakai semula.

Bagaimana pun baru-baru ini, Ustaz Mohd Sani Bin Saari yang juga penaung maahad ini tampil memanjangkan hajat untuk kita di sini membantu pihak maahad bagi tujuan pendawaian letrik.

Buat masa ini, bekalan disambung dari rumah mudirah pondok ini, Ustazah Hajjah Zarina Binti Masri. Keadaan ini sangatlah tidak selamat namun kerana kekangan kewangan, itulah satu-satunya jalan yang mereka mampu buat sementara waktu kerana sebut harga yang pihak maahad dapat dari kontraktor sebelum ini ialah RM47K.

Ustazah Zarina merupakan balu Allahyarham Ustaz Haji Ahmad Lutfi Bin Abu Seman, pengasas maahad ini.

Arwah yang dikenali dengan panggilan Pak Ngah itu pernah melanjutkan pengajian hingga ke peringkat master di Daurah Hadis, Pakistan dan pernah bergurukan Tuan Syehulhadis Maulana Salimmullah Khan.

Bagimanapun .. arwah telah kembali ke Rahmatullah sejak 5 tahun lalu dalam usianya 50 tahun akibat jangkitan kuman di paru- paru.

Ketika hayat arwah .. maahad ini tiada sebarang masalah tentang dana bahkan semua kos pelajar di sini ditanggung sepenuhnya oleh pihak maahad termasuk elaun ustaz dan ustazah.

Sejak pemergiaan arwah .. tinggallah balu arwah menguruskan maahad ini bersama Ustaz Sani (penaung) yang mana Ustaz Sani juga merupakan bekas pelajar maahad ini.

Maahad juga tidak mampu untuk membiayai kos tenaga pengajar seperti dulu lagi. Mujurlah tiga orang anak dan seorang menantu arwah yang merupakan hafiz dan hafizah .. kini berjihad utk genarasi pewaris al-quran di sini.

Selain pendawaian, bangunan asrama ini juga perlukan beberapa kemasan akhir yang juga tidak mampu disiapkan sebelum ini. Bagaimana pun atas nawaitu sama-sama ingin beramal jariah, kerja kemasan bangunan ini akan ditanggung oleh seorang Hamba Allah di sini, manakala kita akan memikul amanah untuk pendawaian.

Jumaat yg penuh barakah ini .. Bismillahi tawakaltu’alallah .. semoga ada tangan-tangan keramat yang berhati emas di luar sana sudi utk bersama-sama kita mencukupkan jumlah RM21K yang diperlukan, satu jumlah yang sangat besar sepanjang slot Sedekah Jumaat yang sudah dua tahun lamanya ini.

SEDEKAH JUMAAT
PENDAWAIAN DAN BEKALAN LETRIK
MAAHAD JABAL NUR
SEMELING, SG PETANI.
KOS RM21K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Sumber: Natipah Abu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang