Siakap Keli

Orang Dikehendaki Polis, Suspek Terlibat Dalam Kes Macau Scam & Larikan Diri Selepas Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki, Goh Leong Yeong, yang juga suspek terlibat di dalam kes Macau Scam baru-baru ini.

Suspek dilapor melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan di dalam kes tersebut dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi siaran media PDRM, suspek dikhendaki bersabit siasatan melibatkan tiga (3) kes di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi DSP Ahmad Zamri Bin Jai, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur di talian 012-8993622 atau INSP. Muhamad Faizal Bin Asuar, Pegawai Penyiasat Kes di talian 017-3126411 atau boleh juga menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Berikut adalah kenyataan dari polis.

 

 

Sumber: FB Polis Diraja Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.