Siakap Keli

Pelumba Lagenda MotoGP, Valentino Rossi Dilapor Positif COVID-19

Pelumba lagenda ‘hidup’ MotoGP asal Itali yang kini bersama pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dilapor diuji positif COVID-19.

Perkara berkenaan disahkan oleh juara dunia MotoGP sebanyak 9 kali itu melalui satu tweet di di laman twitter beliau sebentar tadi.

”Malangnya, pagi tadi saya bangun dan mendapati saya tidak berapa sihat. Tulang saya berasa sedikit sakit dan juga deman.

”Disebabkan itu saya segera menghubungi doktor yang kemudian melakukan ujian terhadap saya sebanyak dua kali. Ujian kali pertama adalah negatif, bagaimanapun ujian kali kedua mendapati saya positif COVID-19.

”Saya merasa sangat kecewa kerana akan terlepas perlumbaan di Aragon. Saya cuba untuk berasa yakin dan optimis, tapi mungkin juga saya tidak dapat menyertai pusingan kedua di litar yang sama.

”Sedih dah marah kerana saya sudah mematuhi segala protokol dan SOP yang ditetapkan. Apa pun, saya tidak dapat mengubah apa-apa.

”Kini, saya akan mematuhi segala saranan daripada pasukan perubatan dan hanya mampu berdoa semoga segera sembuh,” tulisnya.

Berita berkenaan turut dikongsikan di laman sesawang MotoGP.

Sumber: MotoGP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.