Siakap Keli

“Pulanglah, Teruskan Hidup Nak,” Tuah Lambungan Syiling Selamatkan Nyawa Budak Daripada Kematian

PATNA: Lambungan syiling pada saat-saat terakhir telah menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Bihar.

Seorang lelaki,  36, dan isterinya meninggalkan rumah mereka di daerah Muzaffarpur bersama anaknya, pada hari Selasa bertekad untuk mengakhiri hidup mereka setelah bertengkar.

Si ayah yang mengusahakan sebuah kedai sirih di Mumbai mengalami kerugian yang teruk dan polis mengatakan kerugian dalam perniagaan itu menyebabkan ketegangan dalam keluarga itu.

Pasangan dan anak lelaki itu bergegas ke landasan kereta api di laluan Samastipur-Muzaffarpur sebelum kejadian itu berlaku.

Sementara itu, pasangan itu memutuskan untuk melambung duit syiling bagi menentukan nasib anak mereka.

Si ayah mengeluarkan duit syiling Rs1 dari poketnya dan melambungnya ke udara.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi saya mendengar ibu saya mengatakan ‘yah bach gaya’ (dia telah selamat)”

Kemudian ayah saya memberikan Rs30 (RM1.70) kepada saya dan berkata “Pergi, anda perlu hidup”, kata si anak kepada pihak polis.

Polis mengatakan bahawa mereka telah mendaftarkan kes dan memulakan siasatan.

“Kanak-kanak lelaki yang masih hidup itu telah memberikan kami semua maklumat”

“Kami sedang menyiasat kes ini tetapi dilihat dari awal kes ini merupakan kes bunuh diri”, kata seorang pegawai polis tempatan yang bertanggungjawab dalam kes itu.

Sumber: Gulfnews

Alfi Aiman