Pusat beli-belah 1 Utama menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan akan beroperasi semula pada 17 Oktober ini.
“Pusat beli-belah kami akan tetap dibuka sepanjang PKPB iaitu dari 17 Oktober sehingga 27 Oktober ini dengan waktu buka jam 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.
“Kami ingin meyakinkan anda bahawa semua kakitangan pusat beli-belah, penyewa termasuk polis bantuan dan pasukan keselamatan kami telah menjalani saringan dan boleh bertugas seperti biasa.” kata kenyataan tersebut.
Selain itu, kenyataan berkenaan turut meminta orang ramai mematuhi SOP ketika mengunjungi pasaraya berkenaan seperti memakai pelitup muka dan mengimbas suhu sebelum masuk.
[𝐖𝐄𝐋𝐂𝐎𝐌𝐄 𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝟏 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀] No we are not exaggerating. We practically ran marathons to get here. After a short break, we…
Posted by 1 Utama Shopping Centre on Thursday, October 15, 2020
Sumber: 1 Utama Shopping Centre