Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Suspek Utama Macau Scam Larikan Diri, EAIC Buka Kertas Siasatan

PUTRAJAYA, 16 Okt – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah membuka kertas siasatan berkenaan kehilangan suspek utama kes Macau Scam.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, kes suspek melarikan diri dan punca yang menyebabkannya boleh berlaku dipandang serius.

“EAIC sedang mengambil tindakan sewajarnya, bersesuaian dengan peruntukan di bawah Akta 700.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan awal di bawah Seksyen 28 Akta 700 telah dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, sebarang tindakan selanjutnya yang diambil seperti termaktub di bawah akta tersebut akan dimaklumkan.

Sumber: EIAC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'