Siakap Keli
Gambar: WebMD

Taiping Diisytiharkan Sebagai Zon Merah

Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN) telah mengisytiharkan Taiping sebagai zon merah ekoran kes positif yang dicatatkan di mukim itu meningkat secara mendadak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook rasminya, JKN Perak menyatakan bahawa daripada 52 kes baharu yang dicatatkan di mukim itu, 48 kes daripadanya adalah terdiri daripada tahanan di sebuah pusat tahanan di daerah Larut Matang Selama.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perincian kes, ikuti kenyataan yang dikongsikan oleh JKN Perak seperti berikut:

Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.
1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 15 Oktober 2020, 12.00 tengahari)
Nota: Saringan Lain-lain: Saringan berterusan bagi pengesanan awal jangkitan COVID-19 di kalangan komuniti
2) Infografik 2
Kes COVID-19 Kes Daftar Semasa (2 Oktober โ€“ 15 Oktober 2020)
(dikemaskini sehingga 15 Oktober 2020, 12.00 tengahari)
3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Daerah di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 15 Oktober 2020, 12.00 tengahari)
MAKLUMAT TAMBAHAN
JUMLAH KES BAHARU = 52 KES
KES 1 hingga KES 48
48 orang lelaki berumur antara 35 ke 65 tahun (warganegara) adalah tahanan di sebuah Pusat Tahanan, daerah Larut Matang Selama (LMS).
Mereka telah menjalani saringan COVID-19 pada 3 Oktober 2020 (ujian PCR pertama adalah negatif) sebagai kontak rapat kepada satu kes positif COVID-19 yang mempunyai sejarah pergerakan ke Penjara Alor Setar pada 27 dan 28 September 2020. Mereka ini berada di Pusat Tahanan sepanjang tempoh 14 hari yang lepas. Pada 10 Oktober 2020, ada kes bergejala demam dan menerima rawatan di klinik Pusat Tahanan.
Seterusnya, pada 13 Oktober 2020, sampel ke-2 ujian PCR telah diambil. Keputusan ujian RT-PCR ke-2 pada 14 Oktober 2020 adalah positif.
Semua kes ini adalah kes jangkitan tempatan.
KES 49
Seorang wanita 56 tahun (warganegara) tinggal di daerah Hilir Perak. Ada sejarah kontak dengan satu kes COVID-19 semasa perhimpunan keluarga.
Pada 6 Oktober 2020, beliau mengalami gejala sakit kepala, sakit tekak. Pada 12 Oktober 2020, beliau menjalani saringan kontak COVID-19. Pada 14 Oktober 2020, keputusan ujian pengesahan RT-PCR adalah positif.
Kes adalah kes jangkitan tempatan.
KES 50
Seorang wanita 66 tahun (warganegara) tinggal di daerah Hilir Perak. Pada 4 Oktober 2020, kes ada sejarah kontak dengan satu kes COVID-19 (Kluster Simera, Selangor) semasa perhimpunan keluarga.
Pesakit tidak bergejala. Pada 12 Oktober 2020, beliau menjalani saringan kontak COVID-19. Pada 14 Oktober 2020, keputusan ujian pengesahan RT-PCR adalah positif.
Kes adalah kes jangkitan tempatan.
KES 51 DAN KES 52
Seorang lelaki 22 tahun dan 23 tahun (warganegara) yang tinggal di daerah Hulu Perak. Antara 1 – 3 Oktober 2020, kes ada sejarah kontak dengan satu kes COVID-19 semasa menghadiri satu mesyuarat.
Pesakit tidak bergejala. Pada 12 Oktober 2020, beliau menjalani saringan kontak COVID-19. Pada 14 Oktober 2020, keputusan ujian pengesahan RT-PCR adalah positif.
Kes adalah kes jangkitan tempatan.
52 kes ini telah diasingkan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pengesanan kontak sedang dijalankan.
๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐
๐˜—๐˜’๐˜—๐˜— ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข 31 ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ 2020.
๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Š๐˜–๐˜๐˜๐˜‹-19.
๐€. ๐„๐‹๐€๐Š๐Š๐€๐ ๐Ÿ‘๐‚/ ๐Ÿ‘๐’
– ๐˜’๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐™Ž๐™š๐™จ๐™–๐™  (๐˜พ๐™ง๐™ค๐™ฌ๐™™๐™š๐™™ ๐™‹๐™ก๐™–๐™˜๐™š)
– ๐˜’๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐™Ž๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ž๐™ฉ (๐˜พ๐™ค๐™ฃ๐™›๐™ž๐™ฃ๐™š๐™™ ๐™Ž๐™ฅ๐™–๐™˜๐™š)
– ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐™Ž๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™  ๐™™๐™š๐™ ๐™–๐™ฉ (๐˜พ๐™ก๐™ค๐™จ๐™š ๐˜พ๐™ค๐™ฃ๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ)

๐. ๐€๐Œ๐€๐‹๐Š๐€๐ ๐Ÿ‘๐–

– ๐˜’๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ค๐˜ถ๐˜ค๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ป๐˜ฆ๐˜ณ (๐™’๐™–๐™จ๐™)

– ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฎ (๐™’๐™š๐™–๐™ง)

– ๐˜—๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ช (๐™’๐™–๐™ง๐™ฃ/ ๐˜ผ๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ) ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜’๐˜” ๐˜ช๐˜ข๐˜ช๐˜ต๐˜ถ: ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ/ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ, ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ/ ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ป๐˜ช๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฉ

Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.1) Infografik 1Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri…

Posted by Jabatan Kesihatan Negeri Perak on Thursday, October 15, 2020

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.