Tular satu video yang menyaksikan seorang wanita menyerang majlis perkahwinan di dalam gereja.
Kejadian yang dipercayai berlaku di gereja di Zambia itu juga memperlihatkan wanita yang kelihatan berang tersebut juga membawa anaknya bersama.
Menurut Daily Star, wanita itu memohon kepada paderi agar majlis perkahwinan dihentikan kerana mendakwa bahawa pengantin lelaki adalah suaminya.

Suaminya dilaporkan memberitahu kepadanya bahawa dia keluar untuk pergi bekerja namun sebaliknya berlaku. Dia dilihat sedang memegang tangan pengantin wanita sebelum ‘diserbu’ oleh isterinya.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku di sini tapi lelaki ini adalah suami saya,” kata wanita itu kepada paderi.

Para tetamu didengari mengeluh melihat kejadian tersebut manakala pengantin wanita menjerit dan ditenangkan oleh mereka yang berada di situ.
Savanna News melaporkan bahawa pengantin lelaki tersebut telah dibawa kepada pihak polis dan berkemungkinan akan didakwa atas tuduhan melakukan ‘bigamy’ dengan hukuman penjara hingga tujuh tahun.
Sumber: Daily Star