Siakap Keli
Gambar: @NueFa_Kieyra

(Video) Gadis Ini Terharu, ‘Frontliners’ Lengkap Pakai PPE Sambut Ulangtahun Hari Lahirnya Di Pusat Kuarantin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Kita sudah sedia maklum bahawa kes COVID-19 di negara kita sejak kebelakangan ini meningkat secara drastik. Barisan hadapan yang pada sebelum ini dapat menarik nafas lega sedikit terpaksa mengerah keringat kembali untuk memerangi wabak yang dilaporkan telah masuk gelombang yang ketiga.

Namun dalam kesibukan bertugas, petugas barisan hadapan seperti satu video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @NueFa_Kieyra ini, tindakan sekumpulan petugas barisan hadapan dalam video tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet.

Video tersebut memaparkan sekumpulan petugas barisan hadapan lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) menyanyikan lagu ‘happy birthday’ kepadanya sambil menghulurkan bungkusan yang disertakan dengan kad ucapan.

Menurutnya, dia terpaksa dikuarantin kerana dia merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19. Susulan daripada itu, hari lahirnya tidak dapat disambut bersama keluarga serta sahabat handai seperti hari-hari biasa.

Pun begitu, tindakan sekumpulan petugas barisan hadapan ini sedikit sebanyak berjaya membuatkannya gembira. Warganet yang menonton video itu turut menzahirkan ucapan terima kasih dan kata-kata semangat kepada petugas barisan hadapan.

Sumber: @NueFa_Kieyra

Aqmal Ezany

I write what is right