Siakap Keli
aqua terrarium
Gambar: Noraini Md Hashim

(Video) Wanita Ini Kongsi Aqua Terrarium Hasil Ciptaan Anak, Siap Ada Air Terjun Berkabus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai antara kita yang sukakan air terjun kerana keindahan dan ketenangan suasananya. Membayangkan kehijauan hutan dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil bertemankan bunyi air dan kicauan unggas pastinya mampu membuatkan hati berasa lebih tenang.

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh ‘bawa’ air terjun mini ke rumah sendiri? Apa yang anda perlukan ialah akuarium, batu kerikil, lumut dan tumbuh-tumbuhan kecil untuk dijadikan hiasan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Puan Noraini Hashim berkongsi hasil kerja anaknya yang mencipta ‘air terjun mini’ atau lebih dikenali sebagai aqua terrarium.

Lengkap dengan air terjun berkabus, aqua terrarium itu mempunyai suasana seakan-akan di dalam hutan dengan tumbuhan hijau dan lumut semulajadi.

Apa yang menariknya, aqua terrarium itu dihasilkan menggunakan cermin tingkap yang sudah tidak digunakan lagi sebagai pengganti akuarium. Malah, lumut digunakan juga diambil dari keliling rumah sahaja.

Jadi tanpa membuang masa, mari lihat hasil ciptaan saudara Ariff Azraei yang mengagumkan ini.

“Cubaan pertama anak lelaki saya buat aqua terrarium. Guna lumut keliling rumah, buat platform buluh dari pencucuk buah, pagar buluh dari kayu buluh kedai bunga, kesan bunyi dari pembesar suara mudah alih mini, pembuat kabus untuk hasilkan kabus. Maknya hanya sediakan sokongan moral dan Totoro.. Jadi, inilah dia..”

Kongsi Puan Noraini, kos yang digunakan adalah sekitar RM250 sehingga RM300, tidak termasuk akuarium yang berharga sekitar RM80. Masa yang diambil pula adalah sekitar 4 hari hingga seminggu.

Sumber: Noraini Md Hashim

Amira

Love yourself.