Siakap Keli

Adik Izzati Hidap ‘Cerebral Palsy’, Perlukan Bantuan Beli Bekalan Susu Khas Dan Lampin Berjumlah RM6,760

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh seorang gadis, Izzati, 19 tahun, kerana menghidapi penyakit ‘Cerebral Palsy’ sejak berusia 6 bulan.

Dia hanya mampu terlantar di rumah, menghabiskan sisa hidup setiap hari dengan diuruskan oleh ibunya yang tidak bekerja. Lebih menyiksakan, beban kewangan yang terpaksa ditanggung setiap bulan, menelan belanja yang besar.

Kos keperluan khasnya mencecah RM1,300 sebulan termasuk susu khas dan lampin yang melebihi jumlah bantuan bulanan yang diterima oleh JKM dan Baitumal.

TABUNG UNTUKMU SAYANG 
– ADIK IZZATI
Bismillahirahmanirahim..Kami dengan ini melancarkan ‘Tabung Untukmu Sayang – Adik Izzati’ bagi mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki bagi membantu adik Norizzati Hairudin 19 tahun, terlantar menghidap penyakit ‘Cerebral Palsy’ yang disahkan ketika berusia 6 bulan.
Kos keperluan khasnya mencecah RM1,300 sebulan termasuk susu khas dan lampin.

Tabung ini akan ditutup setelah mencecah sasaran RM6,760 dan akan diserahkan dalam bentuk berikut selepas selesai proses pembelian,
1) 6 bulan bekalan susu Ensure Gold Vanilla 850g
RM89 x 10 tin sebulan x 6 bulan = RM5,340
2) 6 bulan bekalan lampin Drypers Wee Wee Dry – XXL
RM35 x 2 pek sebulan x 6 bulan = RM420
3) Bantuan kewangan one-off RM1,000
Jumlah: RM6,760

Ibunya Siti Aminah Mohamed tidak bekerja kerana masalah kesihatan serta perlu menumpukan sepenuh masa untuk anak syurganya itu.Beliau bergantung pada bantuan bulanan JKM (RM350) dan Baitulmal (RM250) untuk keperluan khas Izzati dan keperluan hariannya.
Aminah bersama Izzati kini tinggal dirumah sewa anak keduanya yang telah berumahtangga di Kg Kemus, Alor Gajah, Melaka itu sebelum ini disantuni oleh kru kami melalui siri lawatan awal (Lawatan Kasih)

Sumbangan atau infaq dari orangramai boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibunya,
CIMB BANK 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Pertanyaan melalui WhatsApp
Tekan www.wasap.my/60179404640/Izzati

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.