Siakap Keli

COVID-19: Kelantan Sedia Empat Hospital Untuk Rawatan Dan Kuarantin

KOTA BHARU, 17 Okt- Kelantan telah menyediakan empat hospital bagi tujuan kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19. Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh  k Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) iaitu Datuk Dr Zaini Hussin.

Empat hospital berkenaan adalah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, Hospital Sultan Ismail Petra serta Hospital Kuala Krai di Kuala Krai dan Hospital Tumpat, Maklum beliau.

Menurut beliau, Pusat Latihan Tumpat yang sebelum ini pernah dijadikan sebagai pusat kuarantin semasa gelombang kedua COVID-19 juga turut dijadikan pusat kuarantin.

“Setakat ini ada 419 katil disediakan termasuk 111 katil di HRPZII, Hospital Kuala Krai (112 katil), Hospital Tumpat (96 katil) dan Pusat Latihan Tumpat (80 katil),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dr Zaini berkata JKNK sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya ada pertambahan jumlah yang dijangkiti.

Jelasnya, setakat ini di Kelantan, hanya dua individu sedang menerima rawatan di Hospital Tumpat selepas disahkan positif Khamis lalu.

Sumber- BERNAMA

Faiz Mustafa