Siakap Keli

Lalat Pun Mati, Lelaki Ini Guna ‘Mosquito Lamp’ Ganti Ubat Nyamuk, Hanya RM10 Je

Apabila tengah sedap tidur, dengar pula bunyi nyaring di tepi telinga ditambah dengan rasa gatal di kulit, pasti siapa sahaja akan merasa geram kerana tidur terganggu oleh nyamuk.

Kalau pulang ke kampung, keadaan selalunya menjadi lebih teruk dan ubat nyamuk menjadi sesuatu yang wajib untuk dibawa. Jika tidak, bangun pagi penuh berbirat tangan anak-anak dengan gigitan nyamuk.

Bagi menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh menggunakan ‘Mosquito Lamp’ seperti perkongsian ringkas di Twitter oleh seorang pemuda yang membelinya di Shoppe dengan harga RM10 sahaja.

Lepas ni tak perlu pasang ubat nyamuk lagi sebab semua nyamuk dan serangga akan mati dan jatuh ke jaring di bawah lampu! Mudah kan!

Serious berbaloi beli mosquito lamp ni kt shopee RM10 je. Tak payah pasang ubat nyamuk ke apa lagi dah.

Kalau korang nak beli tekan je link kat SINI

Sumber: Twitter @iqblsyrifuddin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.