Siakap Keli

TERKINI: 869 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini, Sabah Kekal Catat Kes Harian Tertinggi

Sebanyak 869 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini di mana kesemuanya adalah kes jangkitan tempatan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 19,627 setakat Sabtu (17 Oktober 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 6,886 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 869 kes baharu dilaporkan, 745 kes adalah warganegara Malaysia dan 124 kes adalah bukan warganegara.

Berdasarkan pecahan utama jumlah kes hari ini, negeri Sabah terus mencatatkan
jumlah kes tertinggi iaitu 451 kes dan selebihnya negeri-negeri di Semenanjung.

Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 302 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 12,561 atau 64% peratus daripada jumlah kes.

Sehingga kini, terdapat 91 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit
Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat empat (4) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 180 orang.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, October 17, 2020

Sumber: Sidang Media KKM

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI