Siakap Keli
Gambar : FDA

TERKINI: KKM Mengesan Lagi 5 Kluster Baharu Hari Ini Termasuk Tiga Di Selangor

Kes baharu positif COVID-19 di negara ini kekal tiga angka sepanjang rangkuman mingguan ini, dengan yang jumlah yang mencemaskan sebanyak 869 kes dicatat pada setakat hari ini, 17 Oktober 2020.

Lima lagi kluster baharu diumumkan iaitu Kluster Teduh di Sabah, Kluster Menara, Kluster Sentral dan Kluster Keladi di Selangor serta Kluster Bah Bemban adalah negeri Terengganu dan daerah di Sabah.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu sidang media Perkembangan Covid-19 yang berlangsung di kediamannya hari ini.

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. Kluster Teduh

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13000) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 10 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 535 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19
  • 524 individu masih menunggu keputusan.

2. Kluster Menara

Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di negeri Selangor; daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di WP Kuala Lumpur; daerah Larut, Matang dan Selama di negeri Perak serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16041) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 32 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana:

  • 33 kes dikesan positif Covid-19
  • 33 individu negatif
  • 114 individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Keladi

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17381) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 25 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:

  • 26 kes dikesan positif Covid-19
  • 74 individu negatif
  • 7 individu masih menunggu keputusan.

4. Kluster Sentral

Kluster baharu ini dikenal pasti di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18676) yang juga merupakan kes kematian ke-176, telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan kematian di sebuah pusat perubatan pada 16 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana:

  • 5 kes dikesan positif COVID-19
  •  122 individu negatif
  • 8 individu masih menunggu keputusan.

5. Kluster Bah Bemban

Kluster baharu ini melibatkan daerah Dungun di negeri Terengganu dan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12082) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 222 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19
  • 210 individu negatif.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang