Siakap Keli

Wanita Ini Kongsi Resipi Bengkang Buah Kelapa Sawit Yang Mungkin Anda Tak Pernah Makan

Siapa cakap yang buah kelapa sawit tak boleh di makan dan hanya untuk minyak masakan sahaja? Kalau ada yang berfikir begitu, korang salah. Sebenarnya buah kelapa sawit ini boleh di makan terutama sekali dijadikan sebagai pencuci mulut.

Hasil daripada kreativiti seorang wanita di laman Facebooknya yang bernama Salju Kasih berkongsi resipi unik bengkang kelapa sawit. Kita hanya sering dengar bengkang ubi, susu dan roti sahaja kan, kali ini memang betul-betulk ‘rare’. Selamat mencuba.

Menerusi grup Masak Apa Hari Ini, perkongsian resipi bengkang buah kelapa sawit tersebut mendapat lebih daripada 8 ribu perkongsian dan lebih daripada 5 ribu petik tanda suka.

Harini ramai terkejut dan pelik bila saya buat bengkang buah kelapa sawit. Katanya pelik dan tak pernah dengaq. Ya, memang, sebab ni makanan nenek moyang kita dulu. Alhamdulillah, sedap sangat.

Ni resipi dia…
Bahan-bahannya;
Buah kelapa sawit 25 biji
Air 2 liter
Tepung gandum 2 cawan
Tepung beras 1 cawan
Gula 1 cawan setengah atau ikut manis mana anda suka
Garam sesudu kecil
Esen vanilla 1 sudu kecil
Cara-cara;
1. Rebus buah sawit dengan 2 liter air sampai buah empuk. Kalau air kurang, tambah air.
2. Bila dah empuk lenyek-lenyek buah dan tapis. Lepas tu masukkan tepung tepung tadi bersama garam, gula dan esen vanilla.
3. Kacau dengan api perlahan sampai agak memekat.
4. Masukkan dalam loyang then bakar suhu 200 api atas bawah selama sejam.

5. Sejukkan dan siap untuk dihidang.

Jadi, korang yang ada pokok kelapa sawit tu apa kata cuba resipi baru ini.

 

Sumber: Salju Kasih Via Grup Masak Apa Hari Ini

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang