Siakap Keli

Covid-19: Kadar Nilai ‘R-naught’ Dari 2.2 Turun Kepada 1.5 Selepas 4 Minggu Gelombang Ketiga

Menerusi sidang Khas Perkembangan Terkini Nilai R, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) sewaktu permulaan gelombang ketiga pada 20 Sept adalah 2.2, turun kepada 1.5 selepas empat minggu.

Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, nilai Ro ketika itu adalah 3.5. Nilai R ini telah berjaya diturunkan sehingga 0.3, iaitu susulan impak positif tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan serta pematuhan oleh rakyat kepada Perintah dan SOP yang diperkenalkan. Sebagaimana yang diunjurkan pada 16 Julai 2020, kita mencapai kes penularan tempatan sifar, ujarnya.

“Malaysia mulai mencatatkan semula nilai R yang tinggi pada 7 September 2020 iaitu 1.7…,” jelasnya lagi.

Ini adalah susulan situasi peningkatan kes COVID-19 di negeri Kedah dan Sabah pada ketika itu. Nilai R yang tinggi di kedua-dua negeri ini telah memberi kesan besar terhadap nilai R negara. Nilai R kemudiannya dilihat tidak stabil dan kekal melebihi 1.0.

Gelombang ketiga wabak COVID-19 di Malaysia ini sememangnya lebih mencabar walaupun kita lebih bersedia dari segi kapasiti dan tindakan kesihatan awam yang dijalankan. Nilai Ro pada permulaan gelombang ketiga 20 September 2020 adalah 2.2, tetapi dalam tempoh empat (4) minggu ianya telah menurun kepada 1.5.

Ini bermakna setakat ini usaha yang dijalankan telah dapat mengelakkan daripada peningkatan kes secara mendadak seperti dalam graf unjuran ini (garisan R = 2.2).

Meskipun begitu, jika dilihat pada carta palang ini (iaitu jumlah kes positif COVID19 yang dilaporkan setiap hari), didapati ianya masih mengikuti garisan unjuran nilai R = 1.5 (Lampiran 1). Oleh itu, boleh dijangkakan kes harian Covid-19 masih akan meningkat tetapi bukanlah secara mendadak.

Oleh itu, saranan pihak KKM agar rakyat sentiasa patuhi SOp yang ditetapkan dan sentiasa berada di rumah untuk mengekang gejala wabak Covid-19 ini.

 

Sumber: Sidang Media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang