Susulan dengan peningkatan angka kes COVID-19 yang semakin hari semakin membimbangkan rakyat Malaysia. Dalam laman Muka Buku KKM memaklumkan akan mengadakan sidang media khas mengenai penjelasan nilai Rt terkini pada jam 5.00 petang ini.
Manakala sidang media mengenai status terkini COVID-19 di Malaysia pula dijangka akan bersiaran langsung pada jam 5.30 petang yang akan disampaikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham yang baru sahaja menamatkan kuarantin kendiri pada hari ini.
Semalam, negara mencatat lebih 800 kes baharu dengan merekodkan 4 kes kematian baharu.
KKM akan mengadakan sidang khas COVID-19 mengenai Penjelasan Nilai Rt Terkini pada jam 5.00 petang ini. Sidang media…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, October 18, 2020