Siakap Keli
1212618588

Kajian Dapati Koronavirus Bertahan Di Atas Permukaan Kulit Selama 9 Jam

Koronavirus tetap aktif pada kulit manusia selama sembilan jam, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Jepun.

Di dalam kajian tersebut, para penyelidik mengatakan setiap individu perlu mencuci tangan dengan kerap bagi memerangi Covid-19.

“Kelangsungan hidup SARS-CoV-2 selama sembilan jam pada kulit manusia dapat meningkatkan risiko penularan kontak dibandingkan dengan IAV (virus influenza A), oleh itu ia menyebabkan wabak ini merebak cepat,” katanya .

Pasukan penyelidik menguji kulit yang dikumpulkan dari spesimen autopsi, kira-kira satu hari selepas kematian.

Hasilnya mendapati kedua-dua virus coronavirus dan selesema tidak aktif dalam 15 saat selepas menggunakan etanol, yang digunakan di dalam pembersih tangan.

“Kelangsungan hidup SARS-CoV-2 yang lebih lama pada kulit meningkatkan risiko penularan kontak, namun kebersihan tangan dapat mengurangkan risiko ini,” kata kajian itu.

Kajian ini menyokong garis panduan yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencuci tangan secara berkala dan menyeluruh untuk membendung penularan virus, yang telah menjangkiti hampir 40 juta orang di seluruh dunia sejak pertama kali muncul di China akhir tahun lalu.

Sumber: ndtv.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.