Siakap Keli

TERKINI: 701 Pesakit Covid-19 Disahkan Sembuh Hari Ini, Jumlah Tertinggi Pernah Dilaporkan

Angka 701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari. Terima kasih petugas-petugas kesihatan. Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes.

Berita gembira ini dikongsikan menerusi sidang media harian perkembangan Covid-19 yang disampaikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Kedah (411 kes)
  • Sabah (221 kes)
  • Selangor (64 kes)
  • Negeri Sembilan (2 kes)
  • Johor (2 kes)
  • Sarawak (1 kes).

Bagaimanapun, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 187 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sumber: Sidang Media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang