Siakap Keli

Ucapan Dari Plaza Sungei Wang Buat ‘Shopping Mall’ Yang Ada Kes Covid-19 Jadi Perhatian Ramai

Tular beberapa hari lepas tentang perkongsian daripada salah satu pusat membeli belah terkenal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu Plaza Sungei Wang tarik perhatian ramai. Berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda di negara kita, terutamanya beberapa minggu lepas banyak kes positif berlaku di pusat membeli belah di sekitar bandar Kuala Lumpur dan Selangor.

Bukan itu sahaja, pandemik Covid-19 ini memberi cabaran kepada ekonomi negara. Banyak perniagaan yang tercundang akibat wabak ini.

Jadi, perkongsian daripada laman Facebook rasmi Plaza Sungei Wang ini seakan-akan memberi kata-kata semangat kepada ‘rakan-rakan’ mall di seluruh Malaysia khususnya. Apa yang menarik perhatian adalah boleh dikatakan ke semua ‘rakanya’ membalas komen dengan kata semangat.

“It has been a very difficult time, for each and everyone of us.
Worry not, as we will rise again once all this ends.
Hold tight, as we will get through this together. 

Don’t give up, as we will fight together as one.”

Ini komen balas daripada kedai-kedai di seluruh Malaysia yang menyentuh hati, terutamanya daripada GSC.

 

Sumber: Plaza Sungei Wang

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang