Siakap Keli
Gambar Via Fatimah Salim

“Berwaspada Lebih Baik,” Ahli Kimia Jelaskan Kenapa ‘Hand Sanitiser’ Tidak Digalakan Ditinggal Dalam Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di musim Covid-19 ini, pasti ramai diantara kita yang mengutamakan langkah pencegahan akan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitiser.

Bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus yang telah membunuh jutaan nyawa di seluruh dunia ini, hand sanitiser kini merupakan salah satu barangan yang perlu sentiasa ada bersama kita terutamanya ketika berada di luar.

Boleh dikatakan, sebilangan dari kita akan menyimpan hand sanitiser ini di dalam kereta untuk digunakan sekiranya terlupa bawa dan terpaksa berurusan di tempat-tempat yang berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Pun begitu, tahukah anda bahawa dengan menyimpan hand sanitiser di dalam kereta boleh mendatangkan bahaya terutamanya sekiranya terdedah kepada cahaya matahari.

Seorang ahli kimia bernama Fatimah Salim menerusi perkongsian di Facebooknya ada menyatakan berkenaan perkara itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Ada yang bertanya, bolehkah hand sanitiser ditinggalkan dalam kereta?

Jawapannya TIDAK digalakkan.
Ini kerana kebanyakkan hand sanitiser mengandungi lebih daripada 70% alkohol. Alkohol mudah meruap kepada sifat fizikal gas terutamanya dalam suhu yang tinggi (panas dalam kereta).

Molekul-molekul gas alkohol yang terperangkap dalam bekas hand sanitiser boleh mencapai tekanan yang tinggi dan boleh menyebabkan letupan.

Walaupun kes letupan sebegini jarang-jarang berlaku, namun berwaspada lebih baik.

Gambar di bawah adalah antara contoh kejadian yang berlaku.

Gambar: Fatimah Salim

Sumber: Fatimah Salim

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa