Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Dua kluster Baharu Dikesan Iaitu Kluster Hentian Di Selangor Dan Kluster Bukit Di Melaka

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang berjaya dikesan di Selangor serta Melaka.

Menurut ciapan daripada akaun Twitter rasmi KKM, salah satu daripadanya dikenalpasti di Hulu Langat manakala satu lagi di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Kluster Hentian, Selangor

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster Hentian ini melibatkan daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes yang ke 18664 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil daripada saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat yang dilakukan berjaya mengenal pasti 6 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020, sejumlah 127 individu telah disaring. Daripada jumlah itu, 7 kes dikesan positif COVID-19 dan 120 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Bukit, Melaka

Kluster Bukit ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 17,531 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020 sejumlah 89 individu telah disaring. Hasil daripada itu, 15 kes telah dikesan positif COVID-19 73 individuu negatif dan 1 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right