Satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 3:47 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 skala Richter itu terletak 3.4° Selatan dan 100.3° Timur dengan kedalaman 10 km, 218km Barat dari Bengkulu, Indonesia.
Gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 3:47 petang, 19 Oktober 2020Koordinat :…
Posted by Malaysian Meteorological Department on Monday, October 19, 2020
Walau bagaimanapun, Met Malaysia juga memaklumkan bahawa gempa bumi tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia