Siakap Keli
Kredit gambar: Menteri Alam Sekitar dan Air

Jangan Buang Sisa Makanan & Minyak Masak Ke Dalam Sinki

PUTRAJAYA, 19 Okt – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati orang awam agar tidak membuang sisa makanan dan minyak masak ke dalam sinki.

“Lemak, minyak dan gris (FOG) terhasil daripada aktiviti penyediaan makanan.

“Jika dibuang FOG akan terkumpul, menyelaputi paip pembentungan dan menyekat aliran sisa kumbahan.

“Akhirnya akan tersumbar dan air sisa melimpah di lurang pembentungan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Gambar: Menteri Alam Sekitar dan Air
Gambar: Menteri Alam Sekitar dan Air
Gambar: Menteri Alam Sekitar dan Air

Sementara itu, Air Selangor hari ini memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang di Klang, Selangor terpaksa dihenti tugas berikutan berlaku pencemaran sumber air mentah yang dikesan di Sungai Selangor pada 2 pagi tadi.

Jelasnya, tindakan segera melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari serta pelepasan air mentah dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari dilakukan.

Dalam masa sama, pelepasan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari turut dijalankan bagi proses pencairan dan ‘flushing’ bahan pencemaran dalam sungai tersebut.

Akibat daripada itu, lebih 1 juta pengguna di 1,292 kawasan sekitar Lembah Klang terjejas dan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan seluruh Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Senarai kawasan terjejas boleh dirujuk di SINI.

Perhatian. Elakkan membuang sisa makanan dan minyak masak dalam sinki. Lemak, minyak dan gris (FOG) terhasil daripada…

Posted by Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man on Thursday, October 15, 2020

Sumber: Menteri Alam Sekitar dan Air, Air Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.