Kredit: Fatin Shafira

“Kami Sudah 2 Tahun Tak Ke Apartmen”, Jiran Mengadu Bunyi TV Kuat Tengah Malam, Rupanya Sudah Bertahun Didakwa Kosong

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bayangkan jika anda ada jiran yang suka menonton televisyen pada nada kuat di tengah malam hingga mengganggu tidur anda. Pasti geram, kan?

Keesokannya, anda pun meninggalkan nota meminta ‘mereka’ memperlahankan televisyen, namun seakan tidak diendahkan kerana perkara sama berulang lagi selepas 12 tengah malam.

Lantas, anda pun menghubungi sendiri tuan rumah dan meminta mereka agar berpesan kepada sesiapa sahaja yang tinggal di sana untuk memperlahankan nada televisyen. Namun reaksi tuan rumah mengejutkan anda.

“Kami sudah 2 tahun tak ke apartmen lama kami..”

Seram bukan? Kongsi Fatin Shafira, rumah mereka sudah dua tahun tidak diduduki mereka sekeluarga. Hasil kunjungan ke rumah tersebut, mereka mendapati tiada tanda-tanda rumah tersebut dipecah masuk dan rumah dalam keadaan yang berhabuk.

Malah, setelah mereka menukar kunci, masih kedengaran bunyi gangguan dari rumah tersebut. Berikut adalah perkongsiannya.

“Jadi kami masuk ke dalam dan tak ada tanda-tanda orang masuk, gunakan barang di dalam rumah, tiada kesan tapak kaki (rumah sangat berhabuk), plug tidak digunakan..”

“Nota-nota yang jiran tinggalkan di pintu.

“Dia kata dengar orang pam tandas dan mandi. Jadi kami tunjuk bilik air. Betul-betul kering dan kami sudah lama potong air dan api.”

“Jiran yang sama mesej pagi ni, cakap bunyi televisyen dan pendingin hawa dibuka malam tadi. Kami tak boleh ke sana tengah malam sebab PKPB. Betul-betul dah tukar kunci, tutup elektrik. Adakah dari unit lain? Jangan biarkan hidup diselubungi misteri.”

Kongsi Fatin, mereka sudah lama tidak duduk di rumah itu dan pernah merancang untuk menyewakannya. Pun begitu, rancangan itu terpaksa ditangguhkan sehingga rumah berkenaan dibaikpulih.

Sumber: Fatin Shafira

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Editor: syafiq halim

Tambah komen