Siakap Keli

MKN Laksana PKPB Di Penjara Kepayan, Sabah & Kuarters Anggota Pegawai Mulai 21 Okt Ini

PUTRAJAYA, 19 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Penjara Kepayan, Sabah dan kuarters anggota pegawai di Kampung Matangbai di Kota Kinabalu mulai 21 Okt sehingga 3 Okt ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaannya adalah untuk mengawal pergerakan keluar masuk serta memudahkan ujian saringan COVID-19 dijalankan.

“PKPB ini melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 banduan dan 597 staf penjara.

“Barang keperluan makanan akan diagihkan oleh kerajaan Sabah yang akan dikoordinasikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB di kawasan tersebut adalah sama seperti PKPB di kawasan-kawasan sebelum ini.

Sumber: MKN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'