Siakap Keli

Ramai Tak Tahu Ada ‘Port’ Cantik Macam Ini Untuk Bersantai Di Kelantan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebenarnya banyak je tempat-tempat menarik kat Malaysia ini. Cuma korang saja belum berkesempatan pergi ke sana. Jadi, inilah masa untuk korang ‘travel’ dalam negara memandangkan pintu sempadan masih tidak boleh di buka akibat penularan Covid-19.

Macam tak percaya, pemilik akaun Facebook Jemy Shukri ini tunjuk salah satu “port best” di Negeri Kelantan iaitu di sebuah perkampungan di Kubang Kerian yang sangat tenang dan segar permandangannya. Istimewanya tempat ini, mereka menyediakan laluan khas untuk pengunjung datang berjoging dan jalan-jalan di sekeliling kawasan ini.

Pagi tadi niat nak g jogging tapi teringat tempat di Kelantan sehari dua nie.. Singgah sekejap untuk mengambil gambar persekitaranya, tidak dinafikan tempat ni cantik dan indah dengan suasana yang tenang dan aman di pagi hari.

Mereka yang berkenaan dah sediakan tempat yang cantik. Jadi, kepada pengunjung ke sini sila jaga tempat ini dengan baik dan jaga displin dengan tidak membuang sampah ataupun merosakan apa saja yang ada di sini.

 

 

Sumber: Jemy Syukri 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang